Kemudahan Hotel dan Homestay HPA

Jakmas Car Rental
0
Hotel El-Zahraa merupakan sebuah hotel bajet bercirikan Islamik yang berkonsepkan Timur Tengah. El-Zahraa juga menyediakan kemudahan yang diperlukan oleh umat Islam seperti sejadah di dalam bilik, laungan azan serta bacaan ayat suci Al-Quran.

El-Zahraa Inn juga dirangkaikan dengan penginapan secara Homestay sebagai penginapan alternatif bagi menampung keperluan sekiranya hotel penuh. Penginapan ini disediakan di Jawi Homestay, di Bandar Laguna Merbok. Hotel ini juga menyediakan sejumlah 29 bilik untuk dinikmati oleh oleh para pelanggan. Bilik Superior (single) sesuai bagi pelanggan yang memerlukan ruang tidur dan rehat yang ekonomi. Manakala bilik superior (Double) bagi pelanggan yang berpasangan. Bagi mereka yang berkeluarga boleh memilih bilik jenis Deluxe manakala bagi pelanggan yang mementingkan keselesaan dan ketenangan bolehlah memilih Executive yang dihiasi fabrik serta hiasan dalaman serba mewah.

Kemudahan dalam bilik :-

  1. Bilik berhawa dingin
  2. LCD TV
  3. Siaran Astro
  4. Wifi
  5. Telefon
  6. Bar mini/Peti sejuk
  7. Cerek
  8. Air panas/sejuk
  9. Seterika/papan
  10. Sejadah, Al-Quran dan arah kibalat
  11. Produk HPA
  12. Bantal dan selimut tambahan
  13. Kain batik dan kain pelikat

Terletak di tengah kepesatan pertumbuhan bandar Sungai Petani bahagian Utara, iaitu di Lagenda Height, El-Zahraa Inn boleh dikunjungi dari plaza tol Sungai Petani utara oleh pelanggan yang menggunakan lebuhraya utara-selatan. Hotel ini juga dikelililngi oleh rangkaian perniagaan HPA yang lain seperti Restoran Radix Fried Chicken, ROR, ROC dan Radix Bakery House.


Untuk keterangan lanjut dan tempahan, sila hubungi:
 
Tel : 04-4259144/150
Fax: 04-4259131
Email: elzahraa_inn@yahoo.com


Kadar Sewa Bilik Untuk Ahli HPA Di Hotel De Palma


Hasil usahasama antara HPA dan rangkaian Hotel De Palma, kini pihak hotel telah menawarkan beberapa insentif khas kepada ahli-ahli HPA dengan potongan antara 25 – 50% daripada harga asal. Hotel-hotel De Palma adalah seperti berikut:


1. Hotel De Palma Ampang
2. Hotel De Palma Shah Alam
3. Hotel De Palma Sepang
4. Hotel De Palma Kuala Selangor.


Insentif kedua pula untuk pakej-pakej kursus seperti PIC, KPJ dan PBC juga akan mendapat potongan harga yang sangat menarik. Pihak pengurusan HPA menyifatkan usahasama ini sebagai satu lagi kejayaan HPA dalam melebarkan jaringan peniagaannya dengan pelbagai pihak untuk kemudahan ahli.


Contoh insentif yang diberikan di Hotel De Palma Ampang kepada ahli HPA ialah seperti berikut:


1. Bilik Superior harga asal RM320.00 harga ahli HPA RM145.00
2. Business harga asal RM365.00 harga ahli HPA RM170.00
3. Junior Suite harga asal RM465.00 harga ahli HPA RM260.00
4. Executive Suite harga asal RM650.00 harga ahli HPA RM350.00
5. De Palma Suite Harga asal RM800.00 harga ahli HPA RM400.00


Kadar harga ini berbeza mengikut lokasi hotel-hotel tersebut.  Sila dapatkan pamplet khas dari cawangan yang berhampiran sedikit masa lagi. Jangan lupa menunjukan kad ahli apabila menginap di hotel-hotel tersebut.


InsyaAllah ke “Arah Menguasai Pasaran Global.”

Cawangan HPA Di Hotel De Palma Ampang



Kita memilih hotel ini kerana mereka menjadikan hotel ini sebagai hotel syariah pertama di Malaysia. Kita wajib memberikan sokongan agar hotel ini menjadi kukuh seperti hotel – hotel yang lain. Kukuh dengan syariat Islam itulah misi kita. Kita mahu berniaga dengan mereka kerana Allah tanpa meletakkan syarat kerana mereka sanggup mengubah pandangan masyarakat agar percaya kepada perhotelan syariah.



JAWI HOMESTAY

 



Jawi Homestay HPA..HPA kini mempunyai 15 buah di Bandar Laguna Merbuk HPA City Sg.Petani (Bandar Contoh perniagaan HPA). Harga serumah 3 bilik lengkap keperluaan asas hanya rm200.00 Hubungi En Khir Johari 0134222716
 
Location: Bandar laguna Merbuk HPA City Sg.Petani

Untuk keterangan lanjut dan tempahan, sila hubungi:
Tel : 04-4259144/150 / 
En Khir Johari : 013-4222716
Fax: 04-4259131

 

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
Post a Comment (0)
To Top