Adapun Sistem piramid yang dimaksudkan ialah satu sistem dimana sekumpulan orang di bawah membayar kepada orang yang berada ditingkat atas. Setiap peserta baru membayar supaya berpeluang mara ke tahap paling atas dan mendapata keuntungan daripada bayaran orang lain yang menyertai skim itu kemudian. Penaja atau pemilik skim ini tidak mengambil berat tentang penjualan barang/produk tetapi mengambil berat tentang keuntungan yang dikaut melalui wang yang diperolehi dari ahli-ahli baru.Diantara ciri-ciri Skim Piramid ini ialah:
- Produk berkualiti murah dengan harga mahal dan para pengedar baru perlu membelanjakan wang keatas inventori barangan yang berlebihan.
- Yuran keahlian yang tinggi serta komisyen kepada setiap peserta yang dapat menarik ahli baru.
- Tiada hak pemulangan wang dan tiada kontrak bertulis antara syarikat dan pengedar.
- Tidak mengambil berat tentang jualan runcit dan penghasilan wang dengan mengembangkan jumlah keahlian dibawah para pengedar.
- Kehadiran wajib pada sesi latihan yang mahal
- Dakwaan perolehan yang sengaja direka-reka wang dan kejayaan besar serta digembar gemburkan.
Apa yang jelas dalam sistem piramid ini yang menjadi fokus bukanlah penjualan barangan/produk tetapi penajaan ahli baru dimana keuntungan dikaut dari yuran keahlian yang tinggi bukan melaluike giatan perniagaan. Bonus diberikan hasil dari kutipan dari orang-orang dibawah., bukan dari keuntungan barangan/produk yang dijual.
Melihat kepada konsep dan ciri-ciri di atas jelas bahawa sistem piramit tersebut bertentangan dengan Syariat Islam kerana terkandung didalamnya unsur-unsur penipuan, pemerasan, gharar(ketidakjelasan salam dalam akad), ghabn fahysh dan sebagainya yang diharamkan oleh Syarak dalam urusan perniagaan dan jual beli.