Madu Bersarang (Honey comb)

Jakmas Car Rental
0
Madu lebah merupakan saripati tumbuhan (nectar) yang disimpan oleh lebah sebagai sumber makanan. Apabila cuaca sejuk atau kekeringan makanan, lebah akan mengambil madu simpanan sebagai sumber tenaga.

Kitab suci Al-Quran menyebut mengenai madu dan lebah dalam surah An-Nahli iaitu madu merupakan penyembuh penyakit. Lebah akan membebaskan hormon ‘Nasonov Pheromones’ ketika ekspedisi mencari sumber nectar, bunga-bungaan serta ketika pulang ke sarang sebagai alat pandu arah (positioning system). Lebah akan mengumpul (ingest) dan menghadamkan nectar dengan perutnya beberapa kali dan menyimpannya dalam honey comb (petak simpan berbentuk heksagon). Nectar mempunyai kandungan gula dan air yang tinggi.

Antara komponen dan khasiatnya ialah Propolis, Royal Jelly, honey Comb, Bee Venom.

Kepentingan:
  1. Madu telah digunakan sejak turun-temurun kerana khasiatnya yang unik disamping kelebihan penawar yang ada padanya.
  2. Sarangnya terbentuk daripada himpunan sel-sel lekitan lebah yang menempatkan larva, madu dan debunga.
  3. Kandungan mineralnya berbeza mengikut tempat asal madu. Amnya, ia mengandungi kuprum, zat besi, vitamin B, mangan, kalium, kalsium, fosforus, aluminium dan magnesium.
  4. Madu sarang sangat mujarab untuk alahan, dikunyah ketika alahan menjelma.
  5. Sesuai untuk mengelak asid refluk.
  6. Antioksidan yang tinggi, dapat mengelakkan proses penuaan.
  7. Digunakan secara meluas dalam masakan – sapuan roti, snek, salad.
Perhatian:
  • Madu sarang akan menjadi kristal pada suhu sejuk, dibiar pada suhu bilik.
  • Elakkan pemberian madu kepada bayi di bawah umur 12 bulan.
Penggunaan:

Diambil sebelum makan, 1 sudu kecil, 2-3 kali sehari.

“Khasiatnya yang unik disamping kelebihan penawar yang ada padanya”
Harga Pengguna

Semenanjung Malaysia: RM 35
Sabah & Sarawak: RM40

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 30
Sabah & Sarawak: RM 35

Nilai Mata (NM): 10

Berat: 450 gram

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
Post a Comment (0)
To Top