Sunday, September 25, 2011

AWAS Kopi Radix palsu di pasaran.


Kesan afrodisiak meningkatkan tenaga kelakian dan baik jika disinergikan bersama Omega3. Bagaimana ini berlaku? Satu kajian yang dilakukan di Universiti Malaya (UM) menunjukkan bahawa tikus putih yang diberikan Radix menunjukkan penambahan 480% hormon jantan manakala tikus betina pula melahirkan anak jantan lebih daripada anak betina dengan nisbah 3:1.

Kepada penggemar kopi Radix pastikan anda tidak tertipu dengan kopi Radix palsu. Adalah dikhuatiri kopi Radix ini juga mengandungi bahan-bahan yang terlarang yang boleh mendatangkan kemudharatan kepada pengguna. Satu lagi usaha pihak tidak bertanggungjawab dikesan meniru Kopi Radix. Sila sebarkan gambar dan berita ini kepada semua ahli dan para pengguna produk HPA.

Kopi Radix Palsu

Monday, September 19, 2011

Awas Kopi Beracun. Kopi beracun boleh menjejaskan kesihatan.


Senarai KOPI BERACUN dan cara mengesannya

Kementerian Kesihatan mengesan 40 jenis minuman segera dijual di pasaran mengandungi bahan beracun dan kimia seperti Sildenafil, Tadalafil, Verdabafil dan Sibutramine yang boleh membawa maut jika diambil tanpa pengawasan doktor.


Sildenafil, tadalafil dan verdanafil adalah ubat yang digunakan untuk rawatan erectile dysfunction yang hanya boleh diberikan kepada pesakit oleh doktor atau ahli farmasi berlesen dengan preskripsi daripada seorang doktor.

"Kesan sampingan ubat itu sangat berbahaya kepada pesakit jika diambil tanpa pengawasan doktor.
 

"Adalah tidak berbaloi kepada mereka yang mengambil ubat kuat lelaki kerana ia mempunyai banyak kesan sampingan dan akan merosakkan badan," katanya kepada pemberita selepas melawat Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan di sini semalam.
 

Antara kemudaratan ubat itu ialah serangan jantung, strok, pendarahan otak, peningkatan tekanan darah, kehilangan pendengaran dan kehilangan penglihatan yang kadangkalanya adalah kekal.
 

Beliau berkata, produk-produk mengandungi bahan-bahan aktif perangsang seks lelaki itu juga semakin dipelbagaikan dan mudah didapati dalam bentuk minuman seperti kopi dan teh lemon ais.

-
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai Ubat 'kuat' lelaki mengandungi racun. KOSMO Online 6 Ogos 2011

Cara mengesan produk minuman dicampur racun

Wednesday, September 14, 2011

JAKIM buat serbuan kilang Munchy's

TERKINI: JAKIM TELAH BUAT SERBUAN KE ATAS KILANG MUNCHYS, BATU PAHAT DAN MENEMUI STOR ARAK. BOSSNYA DENGAN RASA BANGGA DAN RASA TIDAK BERSALAH, MENGATAKAN BAHAWA ARAK TERSEBUT UNTUK DICAMPUR KE DALAM BISKUT. TOLONG SEBARKAN MAKLUMAT INI KEPADA SEISLAM & KEPENTINGAN UMAT ISLAM. Dari Pegawai Jakim - Hj Jalil bin Raihan (JAKIM Putrajaya).

Berikut adalah kenyataan dari JAKIM mengenai penyebaran SMS ini.

1. JAKIM melalui Bahagian Hab Halal menerima banyak pertanyaan dan aduan berhubung sms yang menyatakan "JAKIM telah membuat serbuan ke atas kilang Munchys di Batu Pahat dan menemui stor arak".

2. Adalah dimaklumkan bahawa JAKIM tidak pernah melakukan serbuan seperti yang didakwa dan di sini juga, JAKIM ingin menafikan kewujudan pegawai yang menghantar sms tersebut adalah pegawai JAKIM di Putrajaya.

3. Sukacita dimaklumkan, produk yang dikeluarkan oleh kilang Munchys di Batu Pahat telah mendapat Sijil Pengesahan Halal dari JAKIM yang masih sah sehingga 31 Julai 2013.

4. Justeru JAKIM menasihatkan kepada semua pengguna agar merujuk kepada portal halal di www.halal.gov.my untuk pengesahan.

Sekian, terima kasih.

Artikel asal di sini.

Sunday, September 4, 2011

HPA di Rancangan Syahadah RTM 1


RTM 1 telah membuat liputan mengenai HPA yang disiarkan di dalam rancangan Syahadah sempena Ramadhan yang lalu. HPA bukan sahaja terlibat dalam mengeluarkan dan mengedar produk-produk halal lagi suci untuk kegunaan umat islam, tetapi HPA juga telah menubuhkan MANHAL. Marilah sama-sama kita menyokong HPA dengan menjadi ahli serta menggunakan produk-produknya yang tidak ada keraguan mengenai kehalalannya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...