Wednesday, November 2, 2011

Skim Gaji Baru Penjawat Awam SBPA

Selepas pengumuman Skim Gaji Baru Penjawat Awam SBPA semasa pembentangan Bajet yang lepas, masing-masing tidak sabar untuk mengetahui struktur baru gaji penjawat awam. Masing-masing ada versi sendiri walhal hingga sekarang pekeliling mengenainya belum keluar lagi.

Dah ramai juga yang menconggak berapa kenaikan yang bakal mereka terima. Kalau ikut pengumuman bajet lepas agak lumayan juga terutamanya kepada guru-guru, yang bukan sahaja menikmati kenaikan gaji tetapi juga kenaikan pangkat lebih cepat.

Apa pun saya cadangkan supaya tambahan pendapatan yang diperolehi digunakan untuk benda yang lebih berfaedah terutamanya simpanan untuk pendidikan anak-anak atau tabungan untuk menunaikan haji. Itu lebih baik. Tapi rasanya ramai yang dah pasang angan-angan untuk menukar kereta baru atau repair rumah dan juga ada yang bercadang untuk beli rumah baru.

Apa-apa pun kita tunggu sahaja pekeliling mengenai SBPA dari Jabatan Perkhidmatan Awam yang rasanya tak lama lagi akan dikeluarkan.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...