Rawatan Herba HPA - Murah dan dijamin Halal

Jakmas Car Rental
0
Selain dari pengubatan cara moden, terdapat alternatif lain untuk pengubatan iaitu menggunakan 100% herba terpilih yang di keluarkan dan terbukti berkesan oleh HPA. Mengapa memilih herba HPA?
  1. Menjimatkan kos. Rawatan di hospital dan pakar adalah mahal. Kos rawatan herba HPA adalah jauh lebih murah. Mengapa anda tidak mencuba dahulu rawatan Herba HPA
  2. Produk rawatan dalam bentuk kapsul. Tidak perlu menggunakan asap dan sebagainya.
  3. Produk rawatan HPA adalah 100% herba. Jadi tidak perlu khuatir akan kesan sampingan.
Konsep perubatan yang digunakan oleh HPA dipanggil Perubatan JAWI. Konsep perubatan ini telah diasaskan oleh Tuan Haji Ismail bin Haji Ahmad. Perkataan JAWI diambil bersempena nama tempat kelahiran beliau iaitu Jejawi, satu daerah yang terletak di negeri Perlis.Tuan Haji Ismail bin haji Ahmad merupakan seorang graduan dari Universiti Pertanian Malaysia (kini dikenali sebagai Universiti Putra Malaysia) dalam bidang Pertanian (Kajian Botanikal).



Berbekalkan pengalaman bertahun-tahun dalam dunia perubatan herba, serta hasil lawatan,seminar, workshop serta kursus-kursus lainnya ke pelbagai negara, beliau telah berjaya mewujudkan satu kaedah perubatan yang dinamakan sebagai ‘Perubatan JAWI’. Kejayaan kaedah perubatan ini telah diakui oleh ribuan pengguna yang pernah mencuba dan mengamalkan herba ini. Atas usaha untuk merealisasikan Perubatan JAWI ini, akhirnya lahirlah Institut Latihan Herba Al-Wahida yang lebih dikenali dengan nama INTIBAH. 
 
Perubatan JAWI ialah suatu sistem perubatan menyeluruh (holistik) yang menggabungkan 2 sumber utama iaitu sumber alamiah dan ilahiyah. Perubatan ini berlandaskan kepada keyakinan yang kuat bahawa hakikat penyembuhan yang sebenarnya berasal daripada Allah S.W.T yang bersifat Asy-Syafii (Maha Penyembuh) serta ketepatan (kemujaraban) penawar menjadi pegangan. 
 
Konsep Perubatan JAWI merupakan konsep perubatan yang mengetengahkan dua sumberutama iaitu Ilahiyah dan alamiah. Ia berdasarkan pada sabda Rasulullah S.A.W :-
 
“Gunakanlah dua penyembuhan: madu dan Al-Quran” (Hadis Riwayat Ibnu Majahdan al-Hakiem)
 
Ahli herba melihat bahawa madu sebagai suatu sumber alamiah dan Al-Quran sebagai sumber Ilahiyah. Ilahiyah bermaksud bahawa segala penyakit yang berlaku datangnya daripada Allah S.W.T dan Allah S.W.T jugalah yang sebenarnya yang menyembuhkan penyakit tersebut. Sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W:
 
“Berubatlah kamu, kerana sesungguhnya Allah S.W.T yang menurunkan penyakit,Dia (Allah S.W.T) jualah yang menurunkan ubatnya.” (Hadis Riwayat Ahmad)
 
Perawatan akan lebih berkesan apabila perawat sendiri mempunyai hubungan yang kuat dengan Allah S.W.T. Doa adalah intipati Perubatan JAWI, Tawakal merupakan Pelengkap, sementara Keberkesanan (kemujaraban) dan ilmu menjadi Asas Tindakan.



Mengapa Perlu Bertukar kepada Produk HPA.

 
30 % DARIPADA 100 PRODUK KESIHATAN DIUJI USM TIDAK HALAL

Kenyataan yang dikeluarkan di dalam akhbar tempatan bertarikh 2 November 2009,ujian dilakukan di Makmal Pusat Pengajian Sains Farmasi Universiti Sains Malaysia(USM)mendapati 30% daripada 100 produk kesihatan di pasaran tidak halal kerana menggunakan gelatin kapsul daripada KULIT BABI.

Gelatin merupakan suatu campuran protien diekstrak daripada kulit binatang.Ia digunakan sebagai sarung kapsul untuk ubat-ubatan.

Prof.Madya Dr Syed Azhar syed Sulaiman,Dekan Fakulti berkata,"kebanyakan produk yang diuji tidak halal oleh pihaknya boleh diperolehi di pasaran tempatan.Malah kebanyakan produk farmaseutikal yang dijual di negara ini mengatakan produk mereka HALAL tetapi hakikatnya kita tidak tahu kerana tiada sebarang mekanisma digunakan untuk menentukan perkara itu."

Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh sebuah syarikat pengeluar gelatin Halal,di dapati bahawa terdapat beberapa buah kilang gelatin dunia yang mengeluarkan gelatin halal secara berkelompok (in batches) di dalam kilang yang sama. Situasi ini akan mengakibatkan kontiminasi (pencemaran/ keracuanan) yang sangat tinggi kerana adalah sangat mustahil sesuatu kilang gelatin dapat mengasingkan sumber babi dan sumber lembu dari mula pemprosesan hingga menghasilkan produk siap.

Bagaimana pula dengan tangki-tangki dan peralatan yang telah memproses tulang babi? Adakah mereka melakukan proses 'samak' ke atas semua peralatan tersebut? Terdapat juga kilang gelatin yang mengakui diiktiraf halal oleh Jabatan Agama Islam tetapi menggunakan campuran sumber babi dan lembu. Seterusnya,bila kilang gelatin yang menggunakan tulang lembu adakah haiwan itu disembelih mengikut syariat Islam?

Faktanya,kilang kapsul yang menggunakan gelatin halal hanyalah 2% daripada pengeluaran gelatin dunia.Ledakan pasaran HALAL yang berlaku sekarang ini menyebabkan semua pihak melihat isu ini sebagai satu peluang tanpa melihat kepada persoalan pokok kita dalam beragama,halalkah produk yang diambil?Sama-sama kita martabatkan produk halal kita. 

Saintis Muslim bertanggungjawab bangunkan sumber halal kapsul gelatin 


ISU kapsul gelatin bukan perkara baru dan perkembangan teknologi terkini serta inisiatif saintis Muslim membolehkan asid deoksiribonukleik (DNA) haram boleh dikesan segera. Namun, kapsul diperbuat menggunakan gelatin terus menghantui umat Islam disebabkan statusnya yang meragukan sedangkan kebanyakan ubat yang diambil diisi dalam kapsul.

Pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM), Dr Abdul Karim Alias dalam kertas kerja yang dibentangkan di World Halal Research 2009, berkata 90 peratus pengeluaran gelatin dunia adalah tidak halal walaupun diambil daripada lembu (bovine) kerana diragui status sembelihannya.

Memetik laporan akhbar, kira-kira 30 peratus daripada 100 produk kesihatan yang diuji di makmal Pusat Sains Farmasi USM tidak halal kerana menggunakan gelatin kapsul dari khinzir.

Terbaru pada 3 Mac lalu, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Fadillah Yusof, berkata ada tiga daripada 15 kapsul gelatin farmaseutikal adalah positif DNA khinzir. Perkara sama didedahkan ahli farmasi, Abd Rahman seperti disiarkan Berita Harian menyatakan hasil carian maklumat dan kajian peribadinya ada 90 jenis ubat-ubatan mengandungi sumber babi.

Asasnya gelatin adalah protein dan tidak mengandungi karbohidrat mahupun lemak, ditapis daripada kolagen semula jadi dari tisu haiwan. Gelatin diperbuat daripada kulit lembu, khinzir, ikan, bahagian (splits) lembu, tulang khinzir, lembu dan ayam.

Contoh ikan adalah keli dan tilapia. Ia dikategorikan sebagai bahan mentah bukan bahan tambah makanan sebab itu tiada kod ‘E nombor’. Pembuatan gelatin diketahui orang Greek dan Mesir dan dimulakan orang Perancis.

Gelatin adalah bahan mentah yang unik dan pelbagai fungsi digunakan industri makanan seperti aiskrim, jeli, kek, yogurt dan marshmallow. Gelatin juga digunakan meluas dalam industri farmaseutikal sebagai pengembang plasma darah.

Selain itu, gelatin terkenal sebagai ejen pembentukan, salutan tablet dan pil, asas vaksin, span pembedahan, bahan campuran losyen, krim, kosmetik, kapsul gelatin keras, kapsul lembut untuk ubat-ubatan dan makanan tambahan.

Ada juga kapsul tumbuhan tetapi penggunaannya tidak meluas kerana kualiti dan permintaan industri tidak sehebat kapsul gelatin haiwan. Statistik gelatin dunia pada 2005, 44 peratus dari kulit babi, 28 peratus (bahagian tulang lembu), 27 peratus (tulang) dan 1 peratus (lain-lain).

Dari sudut hukum syarak adalah jelas jika diambil daripada sumber haiwan haram, maka haramlah gelatin dan kapsul itu, jika diambil dari sumber haiwan halal tetapi tidak disembelih mengikut hukum syarak maka ia tetap haram.

Firman Allah yang bermaksud: “Diharamkan bagimu (memakan) bangkai, darah, daging babi, (daging haiwan) yang disembelih atas nama selain Allah, yang tercekik, yang terpukul, yang jatuh, yang ditanduk, dan diterkam binatang buas, kecuali yang sempat kamu menyembelihnya, dan (diharamkan bagimu) yang disembelih untuk berhala dan (diharamkan juga) mengundi nasib dengan anak panah, (mengundi nasib dengan anak panah itu) adalah kefasikan.” (Surah Al-Maidah, ayat 3)

Disebabkan permintaan industri halal yang semakin meningkat sedangkan pengeluaran gelatin halal dunia hanya satu peratus saja, umat Islam tidak harus bergantung hasil penemuan orang bukan Islam? Adakah kaedah darurat itu terpakai sepanjang zaman? Adakah sentiasa tiada pilihan?

Ada beranggapan semua ubat adalah diharuskan. Jika merujuk keputusan Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan melalui e-fatwa JAKIM, ada kategori ubat yang tidak dibenarkan penggunaannya seperti ubat Clexane dan Fraxiparine kerana hukumnya haram.

Muzakarah juga memutuskan penggunaan vaksin BioThrax dan RotaTeg adalah tidak dibenarkan. Antara hujah yang digunakan adalah belum sampai darurat dan ada pilihan lain.

JAKIM hanya hanya sebuah agensi bertanggungjawab untuk pengesahan dan pensijilan halal dunia hanya membuat pemeriksaan serta pemantauan kepada produk yang ingin menggunakan logo halal saja. Pensijilan halal di Malaysia bersifat sukarela.
Atas dasar untuk menjaga kepentingan ummah, maka HPA telah mengambil inisiatif untuk mengeluarkan ubat-ubatan yang terjamin halal lagi thoyyibah untuk kegunaan semua umat islam semoga kita tidak bergantung lagi kepada produk kesihatan yang tidak dijamin kehalalannya. Dengan adanya produk dari HPA maka umat islam tidak perlu risau lagi. Kini tanggungjawab kita pula untuk membantu dan menyebarluaskan lagi penggunaan produk halal HPAkepada seluruh umat islam.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
Post a Comment (0)
To Top