Gejala anak luar nikah pada tahap membimbangkan.

Jakmas Car Rental
0
Berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara antara 2008 - 2010 seramai 152,182 anak tak sah taraf atau anak haram telah didaftarkan oleh jabatan itu. Ini tidak termasuk anak-anak yang dibuang atau dibunuh ketika lahir. Berdasarkan laporan tersebut juga JPN telah merekodkan seramai 257,000 pendaftaran anak yang tak ada bapak di antara 2000 hingga julai 2008. Ini bermakna dalam tempoh 10 tahun seramai 409,182 anak yang tidak berbapak telah didaftarkan oleh JPN.

Ini bermakna antara 2008 hingga 2010 setiap bulan sebanyak 2500 anak haram didaftarkan atau 83.3 kelahiran setiap hari atau setiap 17 minit 17 saat satu kelahiran anak haram akan didaftarkan. satu perangkaan yang amat menggusarkan.

Ayah and I
Ayah and I (Photo credit: trustmeiamnotageek)
Banyak faktor yang menyumbangkan kepada statistik yang menggusarkan kita ini antaranya ialah menonton video lucah, ingin mencuba, pengaruh rakan sebaya, kurang perhatian ibu bapa, kejahilan tentang seks, diperkosa dan banyak lagi faktor yang mempengaruhi gejala ini.

Apa pun punca yang disebutkan, tapi faktor sebenar yang menyebabkan berlakunya gejala ini adalah kurangnya iman dan rendahnya jati diri. sebutlah apa sahaja puncanya tapi punca sebenarnya tidak dapat lari dari dua faktor ini.

Oleh kerana puncanya berlakunya kelahiran anak luar nikah ini melalui perzinaan, tidak dapat tidak kita perlu menangani terlebih dahulu sistem hukuman zina yang ada di negara ini. Marilah kita kembali kepada hukuman yang telah ditentukan Allah dalam menangani gejala ini kerana Allah adalah sebaik-baik pemberi hukuman sepertimana maksud ayat-ayat ini:

1. Ayat 50 surah al-Maidah, maksudnya: "Adakah hukuman Jahiliyyah(bukan Syariah) yang mereka inginkan?Siapakah yang lebih baik hukumannya berbanding Allah?(sebagai ingatan) bagi orang yang berkeyakinan"

2. Ayat 57 surah al-An'am, maksudnya: "Tidak ada hukuman selain hukuman Allah."

3. Ayat 87 surah al-A'raf, maksudnya: "Dialah(Allah) sebaik-baik pemberi hukuman."


Enhanced by Zemanta

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
Post a Comment (0)
To Top