Kekeliruan mengenai status mentega ‘Golden Churn Creamy Butter’ terjawab semalam, apabila Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) turut mengesahkan ia tidak halal kerana mengandungi DNA babi.
Baca selanjutnya di sini
Sebelum ini orang ramai keliru apabila JAKIM dalam surat bertarikh 30 Jun lalu kepada pembuat mentega itu mengesahkan mentega jenis itu tidak mengandungi DNA babi, sedangkan Majlis Islam Sarawak dalam kenyataan pada 28 Julai lalu, mengesahkan ia haram kerana mengandungi DNA babi.
Di bulan Ramadhan ramai yang membeli atau membuat kuih untuk raya. Jadi berhati-hatilah ketika membeli mentega atau butter pastikan mentega yang digunakan tidak mengandungi DNA babi. Begitu juga yang gemar berbuka puasa di hotel-hotel, pastikan bahawa segala makanan yang dihidang tidak menggunakan butter yang mengandungi DNA babi.
Kalau anda was-was lebih baik tak payah berbuka di hotel-hotel. Berbuka sahaja di rumah bersama keluarga dengan masakan sendiri. Lebih murah dan lebih diyakini. Kalau teringin sangat nak berbuka di hotel saya sarankan selidik dahulu senarai hotel-hotel yang disahkan Halal oleh JAKIM
An-Nu'man bin Basyir berkata, "Saya mendengar Rasulullah SAW. bersabda maksudnya : "Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas, dan di antara keduanya terdapat hal-hal musyabbihat (syubhat / samar, tidak jelas halal-haramnya), yang tidak diketahui oleh kebanyakan manusia. Barangsiapa yang menjaga hal-hal musyabbihat, maka ia telah membersihkan kehormatan dan agamanya. Dan, barangsiapa yang terjerumus dalam syubhat, maka ia seperti penggembala di sekitar tanah larangan, hampir-hampir ia terjerumus ke dalamnya...".
(Hadis Riwayat Bukhari)
(Hadis Riwayat Bukhari)