Penarikan Sijil Halal. Apa yang tersirat.

Jakmas Car Rental
0
Halal adalah satu kata nama bahasa Arab di mana kata kerjanya ialah halla, yahillu, hillan yang membawa erti membebaskan, melepaskan, memecahkan, membubarkan dan membolehkan. Apabila ia digunakan di dalam bidang perundangan Islami ia membawa maksud; pertamanya segala sesuatu yang menyebabkan seseorang itu tidak dihukum jika menggunakannya dan keduanya sesuatu yang boleh dikerjakan menurut syarak.

Al-Jurjani dalam Kitab al-Ta’rifat menjelaskan bahawa pengertian halal dengan maksud pertama merujuk kepada keharusan menggunakan benda-benda atau apa-apa yang diperlukan untuk memenuhi keperluan jasmani seperti makanan, minuman dan ubat-ubatan. Manakala pengertian halal dengan maksud yang kedua adalah bersangkut paut dengan keharusan memanfaatkan, memakan, meminum dan mengerjakan sesuatu yang kesemuanya ditentukan berdasarkan nas.
 
Di dalam al-Quran, Allah s.w.t menggunakan istilah halal dalam pelbagai keadaan ayat. Antara penggunaan tersebut ada yang menyentuh sudut muamalat, hal kekeluargaan dan perkahwinan, makanan dan rezeki dan sebagainya.

Cuba lihat contoh-contoh sijil halal yang telah ditarik balik. Mungkin sekarang mereka dah dapat semula sijil halal, tetapi bukan sijil halal yang saya ingin kongsikan di sini.





JAKIM atau Jabatan Agama Negeri yang mengeluarkan sijil Halal hanya akan menarik balik bila terdapat aduan dari orang ramai atau dari pemantauan yang dibuat. Biasanya aduan dibuat setelah kejadian berlaku maksudnya pelanggaran kepada syarat halal telah berlaku. Berlaku bukan dalam sejam atau dua tapi mungkin dah seminggu atau sebulan itupun jika ada yang perihatin. Dalam tempoh tersebut berapa banyak yang telah kita makan. Itu kalau ada yang buat aduan, kalau tak ada yang buat aduan, maknanya apa yang masuk dalam perut kita adalah HARAM!!!!!! sedangkan Allah tidak menerima doa mereka yang makan makanan haram. Maka segala amalan kebajikan seperti sedekah, haji, solat Dhuha, solat sunat, taubat, tangisan yang benar-benar taubat tetapi segala-gala Allah gantungkan pahalanya dan menolak segala doanya yang benar-benar menyesal. Namun Allah tidak memandang wajahNya kepada orang yang makan makanan Haram. segal-galanya tidak ada nilai di sisi Allah selagi apa yang menjadi hidangan dan pakaiannya bersumberkan perkara haram.

Adakah perkara sebegini tidak akan berulang dilain masa? Tepuk dada tanya iman. Kalau kita mahu benar-benar menjaga makanan kita adalah halal dan juga dari sumber yang halal, tanpa perlu bergantung kepada sijil Halal kerana sijil Halal boleh ditarik balik pada bila-bila masa. Apa yang perlu kita buat ialah kita pastikan bahawa produk tersebut dibuat oleh syarikat yang 100% muslim kerana muslim sejati akan sentiasa menjaga halal haram.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
Post a Comment (0)
To Top