Saturday, August 27, 2011

Kesan Makanan Tidak Halal dan Syubhah

Sabda Rasulullah dalam sebuah hadis diriwayatkan at-Tirmizi yang bermaksud:

“Setiap daging yang tumbuh daripada makanan yang haram, maka api nerakalah yang layak baginya.”

Dalam surah al-Nahl ayat 114-115, Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:

“Makanlah apa yang dikurniakan Allah kepada kamu daripada benda yang halal lagi bersih. Bersyukurlah dengan nikmat Allah jika kamu benar-benar menyembah Allah. Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, darah, daging babi dan binatang sembelihan bukan kerana Allah. Maka, sesiapa dalam keadaan yang terpaksa memakannya, sedang dia tidak sengaja dalam mencarinya, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha penyayang.”

Apabila kita menyatakan diri kita sebagai Muslim, salah satu tuntutan ke atas kita ialah mempastikan makanan kita halal. Apabila kita menetap di negara yang majoritinya Muslim, menjadi tanggungjawab pihak KERAJAAN mempastikan tuntutan itu dipenuhi. Lebih ramai yang inginkan halal dari yang syubhah atau haram.

Kita semua tahu implikasi memakan makanan yang syubhat dan tidak halal:

  1. Doa yang tidak maqbul seperti maksud sebahagian hadis dari Abu Hurairah berbunyi :

    "Kemudian ia menyambutkan seorang lelaki yang jauh perjalanannya, yang kusut masai rambutnya, lagi berdebu mukanya menghulurkan kedua tangannya ke langit sambil berdoa: Hai Tuhanku, hai Tuhanku, pada hal makanannya haram, minumnya haram, pakaiannya haram dan diberi makan dengan yang haram pula, maka bagaimanakah mungkin itu diperkenankan baginya?" (Hadis riwayat Muslim)

  2. Bala bencana ekonomi Firman Allah S.W.T. bermaksud :

    "Dan apabila sampai tempoh kami hendak membinasakan penduduk sesebuah negeri, kami perintahkan (lebih dahulu) orang-orang yang melampau-lampau dengan kemewahan di antara mereka (supaya saat), lalu mereka menderhaka dan melakukan maksiat padanya, maka berhaklah negeri binasakan, lalu kami menghancurkannya sehancur-hancurnya". (Surah Al-Syara' : 16)

  3. Wanita hilang perasaan malu

  4. Lelaki menjadi semakin jahat

  5. Ibadat yang tidak bawa manfaat

  6. Nafsu yang payah dibendung

  7. Kesukaan kepada hiburan

  8. Siksa kubur yang dahsyat

  9. Yaumil Mahsyar yang sukar

  10. Tempah tempat di api neraka

  11. Keturunan yang jahat

  12. Sakit yang payah diubati

Makanan haram tidak terhenti kepada adanya DNA Babi sahaja tetapi dari mana sumbernya.

Ada 2 perkara yang menjadikan makanan yang halal menjadi haram
  • Makanan yang dicuri atau dirampas dari Tuannya - ini jelas
  • Membeli dengan wang yang haram
  • Wang yang haram termasuklah dari hasil penipuan dan mengelat samada dalam timbangan atau kualiti tidak seperti dijanjikan atau ada unsur-unsur kos tersembunyi dari transaksi dan sebagainya yang tidak diberitahu kepada pengguna atau pelanggan.
  • dari hasil pada tanah yang telah diambil secara paksa
  • dari hasil tanaman pada tunas yang dicuri atau diambil tanpa izin
  • dari hasil binatang (kambing, lembu, ayam, burung ) yang dicuri atau diambil tanpa izin
  • dari hasil pelaburan wang di dalam perniagaan judi, arak, riba' dan pelacuran
  • dari hasil gaji yang diperolehi dari perniagaan judi, arak, riba' dan pelacuran
  • dari hasil jualan arak, babi, anjing dan harta yang dicuri.
  • dari hasil merompak, mencuri dan sebagainya.
  • dari hasil skim cepat kaya, scam dan perniagaan yang berunsurkan penipuan dan sebagainya. Boleh cari maklumat dengan lebih mendalam di http://www.zaharuddin.net/
Jadinya, bukan sahaja kita perlu lihat DNA babi, kita perlu juga lihat dari mana datangnya wang yang kita perolehi. Adakah kita tidak merasa takut dan gementar dengan pertanyaan semasa kita berada di alam kubur dan seterusnya di padang mahsyar nanti. Berdasarkan hadis daripada Abu Barzah, soalan itu berbunyi begini:

"Tidak berganjak kedua kaki seseorang hamba (dihadapan Allah S.W.T) pada hari kiamat, sehingga terlebih dahulu ia akan ditanya tentang hartanya, daripada mana ia memperolehinya dan untuk apa dibelanjakannya".
(Riwayat Al-Tarmizi)

Orang Mukmin akan sentiasa menjaga rezeki dan makanannya.

Apa bezanya orang muslim dan mukmin? Orang muslim sudah cukup dengan pengakuannya sebagai orang Islam. Ada yang menunaikan tuntutan Rukun Islam dan ada yang tidak. Ada yang seumur hidup memakan makanan haram dan ada yang bersih darinya. Bila mati dalam apa jua keadaannya, dia akan ditanam menurut pengkebumian orang Islam. Kualitinya, tidak pasti.

Manakala Mukmin pula akan mempastikan bukan sahaja Rukun Islam ditunai, mereka juga akan mempastikan Rukun Iman tertunai. Orang mukmin yakin dan percaya pada Allah, Rasul, Malaikat, Quran, Hari Akhirat dan Qada' wa Qadar, maka sudah pasti dia akan sedaya upaya menunaikan segala kehendak dan tuntutan rukun Iman/

Sebagai contoh, jika dia percaya pada Allah, sudah pasti dia akan menuruti segala perintah Allah dan meninggalkan segala larangan-Nya. Di dalam Al Quraan banyak ayat-ayat yang Allah turunkan yang memerintahkan supaya hamba-hambanya menjauhkan rezeki haram dan hanya mencari rezeki yang halal. Maka apa jua yang Allah haramkan, akan dia tinggalkan. Dia juga takut pada Azab yang menanti jika tidak menunaikan. Dia juga inginkan syafaat Rasulullah dan ingin berdamping denganNya di Alam Barzakh lagi.

Orang Mukmin ( orang yang beriman ) pula, dia akan sentiasa tanya pada dirinya sendiri, "ADAKAH APA YANG AKAN AKU LAKUKAN INI HALAL ATAU TIDAK?".

Kalau tidak halal, maka dia akan tinggalkan. Kalau terpaksa atau terbuat, dia akan segera ber taubat.

Enhanced by Zemanta

Wednesday, August 24, 2011

Pusat Sembelih Ayam Tiada Sijil Halal

Sumber: Harian Metro

KUALA LUMPUR: Walaupun sudah berulang kali diserbu pihak berkuasa dan diberi ‘tarbiah’, segelintir pemilik pusat pemprosesan ayam di beberapa pasar di sini, berdegil dan enggan membuat permohonan sijil halal.

Lebih membimbangkan apabila pelanggan pusat penyembelihan terbabit bukan saja di kalangan peniaga bukan Islam, malah dipercayai turut dibeli pemborong dan peniaga kecil yang beragama Islam.

Dalam pemeriksaan kira-kira jam 4 pagi semalam, di Pasar Borong Selayang dan Pasar Jinjang, di sini, yang dilakukan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mendapati selain tidak mempunyai sijil halal, beberapa aspek penyembelihan turut diabaikan.

Menurut Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Jailani Ngah, setiap ayam yang disembelih tidak dilakukan pemeriksaan, malah pisau yang digunakan pula tidak dibasuh setiap kali sembelihan.

Tuesday, August 23, 2011

Set DETOX

Set Detox

D'Det  

 

D’Det (dulu dikenali sebagai D’Tork) membawa konsep pembersih atau ‘cleansing’ melalui penghilangan toksid khususnya yang terdapat dalam hati dan memberi kesan tidak langsung terhadap ginjal, nodus, limpa, usus, paru-paru dan darah. Kami tidak menyatakan bahawa semua penyakit boleh diubati dengan D’Det, tetapi ramai orang yang tampil dengan testimoni (kesaksian) kesembuhan dari penyakit yang mereka deritai setelah mengamalkan D’Det. D’Det bukan ubat dan bukan makanan kesihatan sembarangan, ia berpotensi menjadi puluhan kali ubat. Ianya adalah puluhan potensi herba gabungan sinergi pilihan disediakan oleh orang-orang yang benar-benar mengerti ilmu perubatan alamiah. Setelah 7 hari mengkonsumi D’Det tenaga akan bertambah, ini menandakan sistem imuniti anda semakin aktif berfungsi mempertahankan tubuh badan anda. Inilah keadaan terbaik dalam membangkitkan daya tahan tubuh. Oleh sebab itu, D’Det juga dikenal sebagai pembangkit (empowering) daya tahan tubuh yang ampuh.

Set Wanita

Set Wanita

Paramaria Plus 

Paramaria Plus merupakan ramuan terbaik untuk wanita kerana ia mengandungi Kayu Serapat (Paramaria Leavigata) yang mengandungi minyak asiri cautchouc dan getah perca, berfungsi untuk mengencangkan rahim khusus apabila wanita tersebut bersalin atau menghadapi masalah rahim turun. Produk ini amat sesuai untuk wanita yang mengalami sakit pinggang, letih, kesemutan pada kaki dan tangan. Herba ini juga boleh digunakan untuk wanita yang akan memasuki alam pernikahan.  

Produk ini tidak sesuai diamalkan oleh wanita hamil.  

Saturday, August 20, 2011

Penyembelihan 60,000 ayam segar di Johor diragui

Dipetik dari Berita Harian Online

2011/08/19 

 

JOHOR BAHRU: Daripada 200,000 bekalan ayam segar yang dikeluarkan di Johor setiap hari, kesucian 30 peratus daripadanya diragui kerana ada pengusaha pusat penyembelihan tidak mengikut piawaian yang ditetapkan oleh Jabatan Agama Johor (JAJ).  

 

Penolong Pengarah Penyelidikan Unit Halal JAJ, Samsudin Paimi, berkata terdapat beratus-ratus peniaga yang memasarkan kira-kira 60,000 ayam segar setiap hari yang kesuciannya diragui.

 

"Malah ada penyembelihan dilakukan di tempat terbuka yang turut dimasuki anjing dan binatang lain," katanya kepada pemberita selepas serbuan terhadap dua premis penyembelihan dan pemprosesan di Jalan Kampung Sawah dan Jalan Pontian-Johor Bharu di Pontian, awal hari ini. 

 

Dalam serbuan dari 1 pagi hingga 3 pagi itu, JAJ mendapati premis terbabit masing-masing tidak melakukan proses penyembelihan dengan kaedah ditetapkan manakala logo halal sudah tamat tempoh sejak empat tahun lalu.  

Friday, August 19, 2011

Ubat Gigi

Penjagaan kesihatan mulut amat penting dalam menjaga penampilan diri. Mulut merupakan bahagian permulaan sistem penghadaman dan menyerlahkan kecantikan diri seseorang melalui penjagaan mulut dan gigi. Jika bahagian mulut tidak diberi perhatian, kesannya dapat dilihat pada gigi yang tidak bersih dan rosak, di samping bau mulut yang tidak menyenangkan. Dalam beberapa keadaan, kita mungkin mengalami kesakitan seandainya gigi atau bahagian mulut tidak dijaga dengan betul. 

Ubat gigi digunakan bersama-sama dengan berus gigi untuk mencuci permukaan yang boleh dicapai. Ubat gigi terdapat dalam tiga sediaan, iaitu pasta, gel atau serbuk. Bahan yang terkandung di dalam ubat gigi jenis gel dan pasta terdiri daripada agen pengampai, agen aktif permukaan untuk membolehkan pembasahan bahan tidak terlarut oleh air, agen pengekal lembapan, agen perasa, bahan lelas dan kadang-kala, florida. 

MENGAPA FLUORIDA BERBAHAYA? 

Pentadbiran Makanan & Ubatan Amerika (FDA) menganggap fluorida sebagai "ubat baru yang tidak diluluskan" kerana tidak ada bukti mengenai keselamatan mahupun keberkesanannya.

Friday, August 12, 2011

Minyak Kelapa Dara


"If there was an oil you could use for your daily cooking needs that helped protect you from heart disease, cancer, and other degenerative conditions, improved your digestion, strengthened your immune system, and helped you lose excess weight, would you be interested?  This is what coconut oil can do for you."  Dr. Bruce Fife, a naturopathic doctor and the the author of  The Healing Miracles of Coconut Oil.

MINYAK KELAPA DARA, ekstrak dari kelapa segar, jernih serta mempunyai rasa dan aroma kelapa unik.

Minyak Kelapa Dara premium ini dihasilkan daripada kelapa segar melalui teknik "Cold Pressed" untuk mengekalkan rasa yang enak dan aroma yang unik.

Minyak kelapa dara bersifat anti virus, anti bakteria, anti fungus dan anti protozoa.

Apakah kegunaan Minyak Kelapa Dara?


Gunakan untuk memasak, campurkan dalam makanan dan minuman, sapukan sebagai losyen, sesuai digunakan sebagai makanan tambahan dan gunakan juga sebagai ubat.

Siapa perlu gunakan Minyak Kelapa Dara?

Minyak Kelapa Dara sesuai digunakan oleh semua orang tidak kira peringkat umur.


NILAI-NILAI KESIHATAN MINYAK KELAPA DARA:


i.    Masalah berkaitan KULIT DAN KEPALA

Gatal kulit, kulit kepala, Ruam, Luka, Lebam, Kulit berkedut/merekah, Jerawat, Eczema, Kulit melecuh, Kulit terbakar, kelemumur, Rambut gugur, Kutu. 

ii.   Masalah berkaitan MULUT.

Bibir merekah, Masalah gusi, kaviti, sakit gigi, nafas berbau, sakit tekak.

iii.  Masalah berkaitan THYROID

Seperti masalah obesiti, kaki dan tangan berpeluh, sakit kepala, migrine, stress, hilang tumpuan, Lemah tenaga batin, sembelit, susah tidur malam, alahan pada makanan, kuku tidak sihat, masalah sakit sendi.

iv.  Masalah berkaitan BAKTERIA

Telinga bernanah, sinus, resdung, gatal-gatal di alat sulit, meningitis, gastrik, ulser, keracunan makanan.

v.   Masalah berkaitan VIRUS DAN KUMAN

Selsema, demam, hepatitis C, AIDS, SARS

vi.   Masalah berkaitan KULIT DAN PARASIT

Seperti cacing, ulat air, Ruam Lampin, giardiasis, cacing pita dan pinworms.

vii.  Masalah berkitan KANSER

Kanser kolon, Kanser Payu Dara, Kanser Kulit, Kanser Hati, Ketumbuhan.

viii. Lain-lain masalah

Seperti masalah athma (lelah), kencing manis, tekanan darah tinggi atau rendah, alzheimer, bronchitis, cysts, baruk, sakit kuning (jaundice), batu karang, Kudis buta, Ulser perut, parkinson, kanser prostat, buah pinggang, kurang zat makanan, merendahkan atau meningkatkan kolesterol, menggurangkan berat badan dengan meningkatkan kadar metabolisme dan sistem imunisasi badan.



Sumber rujukan:

  1. The truth about coconut oil - Dr Conrado S Dayrit, Md.
  2. The healing miracles of coconut oil - Dr Bruce Fife, Nd.
  3. Coconut cures - Dr Bruce Fife, Nd.

FAKTA MENARIK BERKENAAN MINYAK KELAPA DARA:

  • MINYAK KELAPA DARA tidak merbahaya. Ia merupakan kandungan utama di dalam susu formula serta produk-produk kesihatan yang lain. Digunakan di hospital sebagai pemakanan melalui tiub dan salur IV.
  • MINYAK KELAPA DARA mengandungi nilai-nilai nutrisi dan perubatan yang tinggi. Bahan-bahan yang terdapat di dalam minyak kelapa dara bukan sahaja dapat melindungi tubuh daripada organisma-organisma penyebab penyakit tetapi juga berkesan untuk merawat dan memulihkan.
  • Walaupun MINYAK KELAPA DARA mengandungi lemak tepu tetapi bukan semua lemak tepu merbahaya. Lemak tepu di dalam minyak kelapa dara berbeza daripada minyak tepu yang dihasilkan dari haiwan. Lemak haiwan mengandungi kolesterol yang tinggi berbanding dengan minyak kelapa dara daripada sumber tumbuhan yang mengandungi kolesterol paling minima.
  • Daripada semua minyak tumbuhan atau sayuran yang ada, minyak kelapa dara mengandungi paling kurang kolesterol. Banyak kajian-kajian membuktikan minyak kelapa dara tidak langsung meningkatkan tahap kolesterol alam darah.
  • MINYAK KELAPA DARA membantu menghalang penyakit jantung kerana ia mengandungi anti virus dan anti bakteria. Orang-orang yang sentiasa mengambil minyak kelapa dara sebagai diet hariannya (seperti penduduk di Polynesia, Sri Lanka dan Filipina) mempunyai paling sedikit penghidap penyakit jantung koronori kerana tahap kolesterol yang sangat rendah atau hampir tiada. Minyak kelapa dara sangat baik untuk kesihatan jantung.
  • MINYAK KELAPA DARA membantu mengurangkan berat badan. In mengandungi kalori yang lebih rendah berbanding sumber lemak yang lain tetapi sebaliknya mengandungi karbohidrat dan protien yang tinggi. Karbohidrat dan protien akan mengurangkan rasa lapar serta mempercepatkan metabolisma.

FAKTA-FAKTA NUTRISI COCOS HAVANA (MINYAK KELAPA DARA) HPA: 

SAIZ HIDANGAN: SATU SUDU TEH (15ML)
JUMLAH HIDANGAN: 17
AMAUN SATU HIDANGAN: 105 KALORI, 105 LEMAK KALORI

JUMLAH LEMAK – 14GM (22%)
LAURIC ACID – 50-55%
CAPRIC ACID – 4.4%
CAPRYLIC ACID – 4.2%
MYRISTIC ACID – 19.8%
PALMTIC ACID – 8.0%
STEARIC ACID – 3.0%
OLEIC ACID – 4.1%
LINOLENIC ACID – 0.7%
POLYUNSATURATED – 2%
MONOUNSATURATED – 6%
CHOLESTROL – 0%
SODIUM – 0%
TOTAL CARBOHYDRATE – 0%
PROTEIN – 0%

PERCENTAGE DAILY VALUES ARE BASED ON 2000 CALORIES DIET

Lauric Acid (found in coconut oil) is necessary for good health says Dr. Mary Enig, a Ph.D. nutritionist/biochemist and one of the world’s leading authorities on fats and oils.  She states, Approximately 50% of the fatty acids in coconut fat are lauric acid. Lauric acid is a medium chain fatty acid, which has the additional beneficial function of being formed into monolaurin in the human or animal body. Monolaurin is the antiviral, antibacterial, and antiprotozoal monoglyceride used by the human or animal to destroy lipid coated viruses such as HIV, herpes, cytomegalovirus, influenza, various pathogenic bacteria including listeria monocytogenes and heliobacter pylori, and protozoa such as giardia lamblia. Some studies have also shown some antimicrobial effects of the free lauric acid."  


Monday, August 8, 2011

Madu Ardisia (Herba Ghout)

Produk ini sangat baik untuk merawat masalah ghout.

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 30
Sabah & Sarawak: RM 35

Nilai Mata (NM): 5



Evergreen Centella

Makanan Kesihatan Abad Ini!!!

ec-2.jpgLaksana misteri kaum Muslim Hunza yang menghuni di lembah antara Hindu Kush dan Karakorum, di kaki gunung Himalaya, Asia Tengah. Suatu tempat yang paling tinggi kualiti udara segar di dunia! Mengamalkan cara hidup Islami semaksimanya; dengan cara pemakanan yang sihat, penuh pynutrien alamiah, menjadikan mereka diantara bangsa yang paling panjang umur di dunia. Para Saintis mengkagumi fenomena ini!

Khasiat Evergreen Centella (EC):

Mempunyai Gamma Linolenik Asid (GLA). EC mengandungi GLA sebagai Natural Estrogen yang melambatkan penuaan. Kesan pada kulit dapat dilihat dalam tempoh 20 hari pengambilan. Halus, bersih dan dapat menghilangkan kedut pada kulit.

Baik untuk Pertumbuhan Otak. 

Masalah keracunan di otak dapat dilihat pada tanda antara jam 11 hingga 1 (Iridologi). Otak memerlukan makanan yang seimbang bagi melakukan self-healing, self-protection dan self-cleansing. EC baik untuk orang dewasa serta anak-anak yang sering terdedah kepada makanan ringan.

Amat sesuai untuk pelajar.  

EC amat baik diberikan kepada pelajar bagi mengatasi masalah ADD (Attention Deficit Disorder). Ia akan merangsang kecekapan otak untuk lebih tumpuan sewaktu belajar. Pelajar akan lebih tenang kerana EC akan menyebabkan sistem saraf menjadi tenang (kerapkali terjadi kepada anak-anak yang banyak mengambil MSG).

Untuk Purifier Darah. 

Kita tidak mengetahui sama ada darah kita bersih dari toksid atau tidak sebelum kita mengambil EC. Selepas mengambilnya, tubuh akan bertindak balas seperti merasa mengantuk, pening, gatal-gatal badan, hidung berair atau demam. Semua gejala ini menunjukkan darah anda dipenuhi racun dan ini membuatkan kita cepat tidak bermaya.

Untuk Impotensi. 

Dalam kajian terbaru pada lelaki di beberapa negara dunia, menunjukkan kadar sperma semakin berkurangan. Ini diikuti dengan meningkatnya masalah impotensi pada lelaki. Elakkan daripada mengambil Pil Viagra - kimia yang merosakkan tubuh!!! Dengan 3 sudu EC serta 3 titis Madu akan memberikan kesan jauh lebih baik daripada Viagra. Kesan akan dapat dilihat setelah 7 hari mengamalkannya.

Penuh Dengan Klorofil.  

Selain daripada menjadi pencuci tubuh secara alami, klorofil dalam EC mempunyai molekul yang serupa dengan hemoglobin dalam sel darah merah. Baik untuk orang yang kurang darah dan ia meningkatkan kadar pengambilan oksigen. Kekurangan oksigen dapat dilihat pada zon ke 7 (Iridologi).

Komposisi :

Gabungan Pegaga dan Spirulina segar dan kaya dengan protein, lemak, karbohidrat serta pynotruien yang memenuhi keperluan tubuh, diakui sebagai makanan seimbang abad ini, mengandungi Vitamin A, B1, B2, B6, B12, E, Niasin, Inositol, Asid Pantotenik, Asid Folik, Vitamin K serta Mineral seperti Kalsium, Kalium, Magnesium, Fosforus, Besi, Kuprum, Mangan, Kobalt, Iodin dan Selenium. 

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 55
Sabah & Sarawak: RM 60

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 45
Sabah & Sarawak: RM 50

Nilai Mata (NM): 15


Thursday, August 4, 2011

Madu Bersarang (Honey comb)

Madu lebah merupakan saripati tumbuhan (nectar) yang disimpan oleh lebah sebagai sumber makanan. Apabila cuaca sejuk atau kekeringan makanan, lebah akan mengambil madu simpanan sebagai sumber tenaga.

Kitab suci Al-Quran menyebut mengenai madu dan lebah dalam surah An-Nahli iaitu madu merupakan penyembuh penyakit. Lebah akan membebaskan hormon ‘Nasonov Pheromones’ ketika ekspedisi mencari sumber nectar, bunga-bungaan serta ketika pulang ke sarang sebagai alat pandu arah (positioning system). Lebah akan mengumpul (ingest) dan menghadamkan nectar dengan perutnya beberapa kali dan menyimpannya dalam honey comb (petak simpan berbentuk heksagon). Nectar mempunyai kandungan gula dan air yang tinggi.

Antara komponen dan khasiatnya ialah Propolis, Royal Jelly, honey Comb, Bee Venom.

Kepentingan:
  1. Madu telah digunakan sejak turun-temurun kerana khasiatnya yang unik disamping kelebihan penawar yang ada padanya.
  2. Sarangnya terbentuk daripada himpunan sel-sel lekitan lebah yang menempatkan larva, madu dan debunga.
  3. Kandungan mineralnya berbeza mengikut tempat asal madu. Amnya, ia mengandungi kuprum, zat besi, vitamin B, mangan, kalium, kalsium, fosforus, aluminium dan magnesium.
  4. Madu sarang sangat mujarab untuk alahan, dikunyah ketika alahan menjelma.
  5. Sesuai untuk mengelak asid refluk.
  6. Antioksidan yang tinggi, dapat mengelakkan proses penuaan.
  7. Digunakan secara meluas dalam masakan – sapuan roti, snek, salad.
Perhatian:
  • Madu sarang akan menjadi kristal pada suhu sejuk, dibiar pada suhu bilik.
  • Elakkan pemberian madu kepada bayi di bawah umur 12 bulan.
Penggunaan:

Diambil sebelum makan, 1 sudu kecil, 2-3 kali sehari.

“Khasiatnya yang unik disamping kelebihan penawar yang ada padanya”
Harga Pengguna

Semenanjung Malaysia: RM 35
Sabah & Sarawak: RM40

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 30
Sabah & Sarawak: RM 35

Nilai Mata (NM): 10

Berat: 450 gram

Wednesday, August 3, 2011

Takrifan dan Logo Halal Jakim

Logo halal bermaksud logo yang dikeluarkan oleh JAKIM/ JAIN/ MAIN dan mengandungi: 
logo halal
  • bintang berbucu lapan di tengah-tengah bulatan;
  • perkataan Arab – “حلآل” di tengah bintang;
  • diikuti tulisan rumi “HALAL”;
  • bulatan logo tertulis perkataan “Malaysia” dalam tulisan Rumi dan ماليزيا   dalam perkataan Arab;
  • dua bintang kecil berbucu lima diletakkan bagi memisahkan tulisan rumi dan perkataan Arab tersebut.

Halal

Halal berasal daripada kalimah Arab yang bermaksud dibenarkan atau dibolehkan oleh Hukum Syarak.

Mentega mengandungi DNA babi

Kekeliruan mengenai status mentega ‘Golden Churn Creamy Butter’ terjawab semalam, apabila Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) turut mengesahkan ia tidak halal kerana mengandungi DNA babi. 
 
Baca selanjutnya di sini


Sebelum ini orang ramai keliru apabila JAKIM dalam surat bertarikh 30 Jun lalu kepada pembuat mentega itu mengesahkan mentega jenis itu tidak mengandungi DNA babi, sedangkan Majlis Islam Sarawak dalam kenyataan pada 28 Julai lalu, mengesahkan ia haram kerana mengandungi DNA babi. 

Di bulan Ramadhan ramai yang membeli atau membuat kuih untuk raya. Jadi berhati-hatilah ketika membeli mentega atau butter pastikan mentega yang digunakan tidak mengandungi DNA babi. Begitu juga yang gemar berbuka puasa di hotel-hotel, pastikan bahawa segala makanan yang dihidang tidak menggunakan butter yang mengandungi DNA babi. 

Kalau anda was-was lebih baik tak payah berbuka di hotel-hotel. Berbuka sahaja di rumah bersama keluarga dengan masakan sendiri. Lebih murah dan lebih diyakini. Kalau teringin sangat nak berbuka di hotel saya sarankan selidik dahulu senarai hotel-hotel yang disahkan Halal oleh JAKIM

An-Nu'man bin Basyir berkata, "Saya mendengar Rasulullah SAW. bersabda maksudnya : "Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas, dan di antara keduanya terdapat hal-hal musyabbihat (syubhat / samar, tidak jelas halal-haramnya), yang tidak diketahui oleh kebanyakan manusia. Barangsiapa yang menjaga hal-hal musyabbihat, maka ia telah membersihkan kehormatan dan agamanya. Dan, barangsiapa yang terjerumus dalam syubhat, maka ia seperti penggembala di sekitar tanah larangan, hampir-hampir ia terjerumus ke dalamnya...".
(Hadis Riwayat Bukhari)

Monday, August 1, 2011

Penarikan Sijil Halal. Apa yang tersirat.

Halal adalah satu kata nama bahasa Arab di mana kata kerjanya ialah halla, yahillu, hillan yang membawa erti membebaskan, melepaskan, memecahkan, membubarkan dan membolehkan. Apabila ia digunakan di dalam bidang perundangan Islami ia membawa maksud; pertamanya segala sesuatu yang menyebabkan seseorang itu tidak dihukum jika menggunakannya dan keduanya sesuatu yang boleh dikerjakan menurut syarak.

Al-Jurjani dalam Kitab al-Ta’rifat menjelaskan bahawa pengertian halal dengan maksud pertama merujuk kepada keharusan menggunakan benda-benda atau apa-apa yang diperlukan untuk memenuhi keperluan jasmani seperti makanan, minuman dan ubat-ubatan. Manakala pengertian halal dengan maksud yang kedua adalah bersangkut paut dengan keharusan memanfaatkan, memakan, meminum dan mengerjakan sesuatu yang kesemuanya ditentukan berdasarkan nas.
 
Di dalam al-Quran, Allah s.w.t menggunakan istilah halal dalam pelbagai keadaan ayat. Antara penggunaan tersebut ada yang menyentuh sudut muamalat, hal kekeluargaan dan perkahwinan, makanan dan rezeki dan sebagainya.

Cuba lihat contoh-contoh sijil halal yang telah ditarik balik. Mungkin sekarang mereka dah dapat semula sijil halal, tetapi bukan sijil halal yang saya ingin kongsikan di sini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...